BERKELAHI DENGAN SYAITAN PDF

Jelmaan Babi Boleh Bercakap Tatkala mencangkul di tanah belakan rumah terkejut hasan debeng apabila terdengar belukar seduduk berhampiran dirempuh kuat. Cepat-cepat dia berpaling menghadap ke arah belukar senduduk yang bergegar kuat. Bimbang juga hasan debeng kalau harimau kumbang menyusup disitu mencari mangsa,tentu geruh juga dia kalau tidak mencari tempat berlindung. Lainlah kalau ucu sidin memang kemahirannya sama macam arwah datuknya mail tagan boleh jinakkan harimau ganas di tengah hutan.

Author:Shakarg Gozilkree
Country:Trinidad & Tobago
Language:English (Spanish)
Genre:Marketing
Published (Last):13 November 2005
Pages:386
PDF File Size:9.64 Mb
ePub File Size:12.17 Mb
ISBN:704-1-90234-747-3
Downloads:56302
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Grorr



Jelmaan Babi Boleh Bercakap Tatkala mencangkul di tanah belakan rumah terkejut hasan debeng apabila terdengar belukar seduduk berhampiran dirempuh kuat. Cepat-cepat dia berpaling menghadap ke arah belukar senduduk yang bergegar kuat. Bimbang juga hasan debeng kalau harimau kumbang menyusup disitu mencari mangsa,tentu geruh juga dia kalau tidak mencari tempat berlindung. Lainlah kalau ucu sidin memang kemahirannya sama macam arwah datuknya mail tagan boleh jinakkan harimau ganas di tengah hutan.

Sudah beberapa kali orang kampung terserempak ucu sidin menghalau harimau belang balik semua ke hutan apabila menghendap kambing ternak di pinggir bukit. Sekali gus pula harimah berkenaan melompat tidak membantah apa-apa. Tetapi hasan debeng sekadar dengar orang-orang kampung bercerita sahaja mengenai kemahiran ucu sidin. Belum pernah dia terserempak ucu sidin menghalau harimau belang tengah berselera mahu menangkap kambing ternak.

Apa lagi ucu sidin berpindah ke tanah felda,memang hasan debeng tidak melihat ucu sidin berdepan dengan harimau. Sekiranya buaya mengganas menyambar lembu ternak meragut rumput di tebing sungai,ucu sidin juga terjun ke sungai sama macam arwah mail tagan.

Dalam masa beberapa minit sahaja buaya akan terjongol dipermukaan air. Tidak bertangguh buaya tersebut bercempera lari sampai berdecau-decau air di tengah arus. Ketika ini ucu sidin juga pantas meranduk arus laksana mengejar anak kucing ditengah rumah. Seisi kampung tahu memang buaya ganas ditengah arus tidak akan dapat lari kemana asal sahaja ucu sidin sudah terjun ke air. Lainlah kalau buaya berkenaan sekadar terjonggol di permukaan air,tentu ucu sidin akan perintahkan berundur jauh dari kampung.

Selepas dilontar tanah kepal itu oleh ucu sidin nescaya berbulan-bulan seisi kampung tidak akan terserempak kelibat buaya menjongol kepala di permukaan sungai. Hingga ucu sidin berpindah ke felda pun memang hasan debeng tidak pernah terserempak ucu sidin mencekak tengkuk buaya diheret naik ke tebing.

Dia sekadar mendengar cerita mereka yang tua-tua sahaja mengenai keberanian ucu sidin. Sebab itu berdebar sangat hatinya apabila mendengar belukar senduduk dibelakang rumahnya dirempuh kuat.

Kalau harimau kumbang menjengah muka tentu tidak sempat dia menghunus parang mengibas pantas. Setidak-tidaknya dia akan cedera juga kalau diterkam harimau kumbang disebabkan tidak dapat mengelak. Cepat-cepat hasan debeng mencari rumpun pisang berlindung sekiranya binatang itu mahu mencari geruh. Dari sebalik rumpun pisang itulah hasan debeng ternampak seekor babi menyondol perdu rumpun senduduk ditepi kebun pisang. Memang dia nampak jelas binatang itu tertonggeng dengan kepalanya tertumus ke tanah.

Serba salah juga hasan debeng mahu menyerbu kerana bimbang babi berkenaan akan menyerang balas. Tahu sangat dia babi terluka akan menyerbu tidak peduli siapa. Asal sahaja melintas di depannya akan disondol tidak bersisa. Apa lagi taring babi panjang sejengkal akan tertusuk dipangkal peha lantas dimamah macam mengunyah batang pisang juga. Sebab itu hasan debeng diam kan diri sahaja selagi binatang itu tidak mengganggu. Lama menyondol-nyondol perdu rumpun senduduk babi itu berpaling ke belakang.

Ketika menyeringai gigi hasan debeng nampak sumbi emas berkilau disinar cahaya matahari petang pada mulut babi berkenaan. Mengeluh panjang hasan debeng disebabkan tidak pernah seumur hidupnya dia melihat babi bersumbi emas. Tetapi babi tersebut bagaikan jinak sangat hingga tidak terbebar apa-apa setelah dijerkah hasan debeng. Sengaja hasan debeng gegar pokok pisang disisinya biar babi berkenaan terkejut sebelum menyusup lari ke tengah belukar.

Puas digegar pokok pisang oleh hasan debeng,babi tersebut sekadar menyeringai tunjukkan sumbi emas pada giginya.

Bagaikan memahami tutur kata hasan debeng babi bersumbi emas itu terkedek-kedek perlahan meninggalkan belukar senduduk. Lantas sahaja babi itu menyusur ditepi kebun pisang hasan debeng menunduk kepala tidak menoleh ke kiri ke kanan. Terkekeh-kekeh usin deraoh ketawa mengejek hasan debeng apabila diberitahu mengenai babi bersumbi emas menyondol tanah dikawasan kebun pisangnya.

Tentu hasan debeng keliru dengan kilauan taring babi berkenaan disilau cahaya matahari menyebabkan dia menuduhnya bersumbi emas. Bukan hasan debeng sahaja yang terserempak,malah ucu sidin juga pernah ternampak kelibat babi berkenaan. Tetapi semenjak dihalau oleh ayahnya pawang lamid bertahun-tahun orang kampung tidak bersua lagi babi berkenaan menyondol-nyondol. Tetapi tidak lama kemudian apabila wak dinang meninggal dunia hanya sekali sekala sahaja mereka melihat babi tersebut merayau-rayau dikawasan tanah perkuburan.

Apabila diburu cepat-cepat ia menyusup ke tengah belukar menerpa ke arah kubur sepinah. Kemudian babi bersumbi emas itu hilang entah kemana. Sebab itu mail tagan ingatkan orang-orang kampung supaya tidak diganggu babi tersebut. Tidak berguna apa-apa sekiranya diburu juga babi tersebut kalau bimbang akan cederakan orang-orang kampung.

Hanya semasa pawang lamid sahaja dia hampiri babi berkenaan tatkala menyondol-nyondol di perdu rumpun pisangnya. Tidak bergerak babi bersumbi emas sebaik sahaja pawang lamid mendekatinya. Tigak kali pawang lamid bacakan al-fatihah lantas dia menyeru. Semenjak itu memang lama orang-orang kampung tidak melihat lagi babi bersumbi emas itu merayau-rayau tidak menentu.

Apabila diberitahu hasan debeng pasal babi bersumbi emas menyondol tepi belukar kebunnya, memang ucu sidin tidak terkejut apa-apa. Dia tahu arwah ayahnya pawang lamid tetap kenang kejadian yang menimpa embah garut bertukar menjadi nyanyuk.

Pawang lamid sendiri mendengar embah garut beritahu dia terjatuh tangga akibat ditolak sepinah. Merungut juga embah garut tatkala wak dinang desak juga mahu gadaikan subangnya semata-mata memenuhi kemahuan sepinah tempahkan sumbi emas.

Disebabkan embah garut berkeras tidak mahu subangnya digadaikan,lantas sahaja sepinah menjadi berang. Sengaja ditolak emak mentuanya dari kepala tangga tatkala orang tua itu turun mahu ke telaga mengambil wudhuk zohor. Kalau tidak disebabkan pawang lamid melintasi halaman rumahnya,sudah tentu siapa pun tidak tahu pasal embah garut jatuh tangga. Cepat-cepat pawang lamid papah nenek saudaranya naik ke rumah.

Tetapi sengaja embah garut rahsiakan daripada wak dinang pasal dia ditolak sepinah dari kepala tangga. Tidak lama selepas itulah embah garut serahkan juga subangnya biar digadaikan oleh wak dinang. Dia tidak membantah apa-apa sekiranya sepinah berkeras juga mahu tempah sumbi emas.

Tatkala terkejang sakit di rumah mail tagan,tiba-tiba sahaja penyakit nyanyuk embah garut pulih hingga dia boleh ingat semua kejadian yang menimpa dirinya sebelum itu. Tetapi pawang lamid tidak ungkit apa-apa mengenai jelmaan babi bersumbi emas selepas kematian sepinah itu. Manalah dia tahu pasal babi bersumbi emas yang tiba-tiba sahaja terjongol menyondol-nyondol di tanah di tengah halam rumah wak dinang. Apabila diberitahu mengenai babi berkenaan wak dinang terpinga-pinga kerana tidak melihat apa-apa di tengah halaman.

Sekali sekala orang-orang kampung terserempak juga wak dinang bercakap sendirian memerhati ke tengah halaman. Kadangkala dia tersengih-sengih melambai tangan bagaikan ada tetamu di situ. Ketika inilah mereka nampak babi bersumbi emas itu mendongak pada tangga rumah.

Sekali pun dia tertawakan hasan debeng,namun jauh dilubuk hatinya dia juga teringin mahu melihat babi bersumbi emas itu. Perkara babi jelmaan yang dilihat hasan debeng tidaklah menghairankan sangat pada utih deraoh. Dia sekadar berasa lucu apabila dikatakan babi berkenaan bersumbi emas hingga nampak berkilau apabila disilau cahaya matahari.

Apa lagi apabila kenang orang tua-tua beritahu mengenai babi tunggal ditengah hutan tidak lut kalau ditembak sekali pun sekiranya ada kalung tersangkut pada leher binatang berkenaan. Siapa yang berani menghendap babi tunggal tengah turun meneguk air di bawah jeram? Utih deraoh hanya diberitahu babi berkenaan tidak akan kalung tatkala tunduk meneguk air.

Ketika ini siapa yang dapat larikan kalung babi tunggal itu nescaya tidak lut terkene senjata besi. Tetapi siapa berani menghendap tengah belukar tatkala babi tunggal turun meneguk air? Manalah tahu belum sempat mencapai kalung berkenaan tiba-tiba sahaja babi tunggal itu menerkam.

Sedangkan pemburu cina yang mahir memerangkap babi hutan pun tidak berani lepaskan tembakan sekiranya babi tunggal melintas.

Sebab itu malim tekih ingatkan pasal bapa saudaranya uci santang mati ditusuk benet jepun setelah beberapa kali ditembak tidak terjejas apa-apa. Memang uci santang tidak lut sekali pun dadanya ditusuk bebet. Marah sangat tentera jepun setelah berkali-kali ditusuk benet langsung tidak melukai kulit uci santang.

Apabila ditenggengkan oleh tentera jepun lantas duburnya ditusuk dengan benet menyebabkan uci santag menggelepar dengan darah mengalir pada mulut dan hidungnya.

Lantas malim tekih ingatkan utih deraoh perkara kebal macma uci santang pun tidak boleh menyelamatkan diri. Siapa menyangka uci santang juga tewas apabila duburnya ditusuk jepun dengan bebet?

Sebelum dia berpindah ke lubuk sakaping memang seisi kampung tahu mengenai kehandalan bapa saudaranya tidak lut ditusuk senjata besi. Tidak perlu lagi dia bacakan jampi serapah setelah sebati dengan dirinya setiap kali menyeru : Besi tumpul besi lilan,besi bernyawa tidak berisi,kehendak lawan diriku,aku tahu asal kau jadi,bukat kalbu baku datang dari hak,aku pun datang dari hak,tempat permulaan kita,tempat kediaman kita,dalam kalimah serta bersaksi,hu..

Lama juga uci santang tinggalkan kampung halaman berjaja ubat hingga sampai ke jambi. Memang malim tekih tidak peduli sangat dengan bapa saudaranya disebabkan jarang jengah balik ke kampung. Dia sekadar dengar mengenai uci santang berjaja ubat dengan tunjukkan permainan menyembelih anak sendiri.

Tatkala dia berjaja ubat ditepi jalan lantas uci santang baringkan anaknya berumur lima tahun dengan ditutup kain hitam. Apabila disembelih anaknya orang ramai melihat anak kecil itu menggelepar dengan darah menyimbah. Mereka melihat mata parang terbenam pada leher anak kecil itu. Hampir lima belas minit anak kecil itu terkaku,dia akan bingkas bangun apabila uci santang membakar kemenyan.

Dia asapkan kepala anaknya dengan kemenyan tatkala anak kecil itu bangun menyapu bekas darah yang melekat pada lehernya. Tidak bertangguh pula mereka yang menonton pertunjukan uci santang akan hulurkan wang kepada anak kecil berkenaan. Dimana-mana sahaja uci santang mengadakan pertunjukan berjaja ubat,memang mereka yang berkeliling melihatnya cemas. Sekali pun uci santang akan berlegar-legar beritahu dia sekadar mencari rezeki dengan pertunjukannya,tetapi mereka yang menyaksikan sentiasa berdebar hati.

Sebab itu bapa mentua uci santang berkali-kali memujuknya supaya tidak gunakan kepandaian demikian mencari rezeki. Tetapi uci santang tidak peduli apa-apa disebabkan kemahirannya tidak bermakna kalau disembunyikan.

LA MORDAZA IVONNE ACOSTA PDF

Tok Awang Ngah (Berkelahi Dengan Syaitan)

Lipan Bara Di Bawah Mayat Saya juga ikut berjemaah dengan dua tiga orang kawan, kerana Tok Aji memang menunaikan solatnya di madarasah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Tok Aji tidak terus balik ke rumahnya yang dipisahkan oleh halaman saja dari madarasah tersebut. Tok Aji berbaring saja di tengah madarasah sambil melanggung tangan ke kepala. Ketika ini saya sudah berumur 13 tahun, memang suka benar berdamping dengan Tok Aji.

DOA SELEPAS SOLAT FARDHU PDF

TOK AWANG NGAH - SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Di Lamar Bunian Nenek selalu mengingatkan saya supaya berhati-hati menuntut ilmu kebatinan. Pesan Nenek, kalau tersalah tuntut akan membahayakan diri sendiri. Pernah Juga Nenek bercerita tentang orang-orang yang memelihara hantu akan mencari kesempatan menurunkan hantu berkenaan kepada sesiapa yang mahu menuntut ilmu kepadanya. Orang seperti ini akan menurunkan hantu tersebut kepada kau secara tidak kau sedari, kalau tidak berhati-hati menuntut ilmu….

BARBUCHIN LIBRO PDF

Hantu Pontianak Tersesat Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya. Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat? Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi langsuyar.

Related Articles